Ramai orang tak pernah berfikir tentang apa yang terjadi sekiranya kereta mereka tersadai di tepi jalan atas sebab kerosakan.

Anda sepatutnya berfikir lanjut tentang perkara ini. Jadi, pada post kali ini kami ingin kongsikan 6 item yang wajib ada dalam kereta anda, terutamanya pada ketika saat-saat genting.

1. Pengecas telefon dalam kereta

item kereta 1

Alat ini memang teramat penting. Ia dipasang pada pencucuh rokok dan mampu mengecas telefon bimbit anda di mana sahaja anda berada.

Pada kebiasaannya, sekiranya ada masalah kecil, kita akan terus sahaja membuat carian dibGoogle mencari penyelesaiannya. Tetapi, smartphone anda pula kekurangan bateri. Anda boleh gunakan pengecas ini untuk mengecas smartphone anda dan masalah anda pun selesai.

Satu situasi lain, bagaimana pula sekiranya kenderaan anda benar-benar dalam keadaan teruk dan perlu ditarik ke bengkel untuk membuat pemeriksaan lanjut? Namun, telefon anda kehabisan bateri dan tak dapat untuk hubungi sesiapa. Bukankah itu sangat teruk?

2. Pengecas bateri kereta

item kereta 2

Tidak ada benda yang amat mengecewakan sewaktu memandu kereta melainkan bateri kereta dah ‘kong’. Lagi stress bila nak mencari jumper dari pemilik kereta lain, kan?

Terdapat pelbagai jenis pengecas bateri kereta di pasaran, daripada yang murah dan kurang berkualiti hinggalah kepada yang agak premium dan mampu menghidupkan kereta berkali-kali.

3. Dash cam

item kereta 3

Dash cam seperti menjadi viral dikalangan pemandu kereta masa kini. Bukan apa, ianya lebih kepada langkah berhati-hati sekiranya kemalangan terjadi. Ia boleh menjadi bahan bukti penting jikalau anda terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Harganya tidak murah, namun ianya merupakan satu pelaburan yang berbaloi di waktu kecemasan.

4. Sistem pengesan kereta

item kereta 4

Antara alat yang penting sekiranya anda mementingkan keselamatan kereta daripada sebarang kecurian. Terdapat pelbagai jenis system pengesan kereta masa kini. Antara system buatan anak tempatan adalah seperti daripada Katsana.

5. Tali penunda

Ini juga merupakan item yang berguna terutamanya ketika kereta anda ditimpa kerosakan di tepi jalan. Bayangkan anda telah cuba menghubungi lori tunda kereta, namun mereka gagal dihubungi. Anda boleh menghubungi rakan terdekat untuk datang menolong dan menggunakan tali penunda untuk menarik kereta anda ke bengkel berdekatan.

6. Alat menyelamatkan diri

Kalau keadaan betul-betul bahaya, alat ini mungkin berguna.

Kemalangan boleh berlaku. Katalah keadaan paling teruk, kereta anda terjatuh ke dalam sungai atau tasik ataupun ke dalam laut. Keadaan teruk ini bakal memerangkap anda di dalam kereta dan berada di dalam air. Akibat tekanan air, adalah amat mustahil anda keluar dari kereta

Dengan alat ini, terdapat tukul di kepalanya untuk anda memecahkan tingkap kereta. Ada juga pisau di dalamnya untuk memotong tali pinggang keledar. Terdapat juga lampu kecemasan sekiranya perlu untuk meminta bantuan.

Nampak tak kepentingan barang-barang ini di dalam kereta kita. Kalau anda ada item lain yang ingin dikongsikan bersama kami, tinggalkan komen ya.

Baca: Uber Meluaskan Kuasa Ke Kuantan, Pahang

Sumber: Revving-It-Daily

Ikuti Venneauto di Facebook dan Instagram