Author: Vennea

Lelaki Ini Hasilkan Seni Kereta Mini Yang Sangat Comel

AmilBRZ, seorang blogger kereta telah menunjukkan hasil seninya mengubah gambar-gambar kereta yang berada di internet kepada sebuah kereta mini. Hasilnya agak menarik, bagaikan melihat sebuah kereta mainan betul-betul wujud di alam nyata. Beliau juga turut mengongsikan hasil kerja Photoshop di dalam video di akhir artikel ini. Mari saksikan hasil kerjanya. 1. Lamborghini Huracan 2. Mercedes Benz SLS Black-Series 3. BMW M2 4. Nissan GTR Nismo 5. Mercedes-Benz CLS63 AMG Shooting Brake 6. Bugatti Veyron 7. Dodge Challenger Hellcat 8. Ferrari F12 TDF 9. Honda Civic Type R Ini tutorial bagaimana beliau membuat editing terhadap semua gambar kereta di atas....

Read More

Pengeluar Kereta China, Geely Bakal Menjadi Rakan Teknikal Proton

Semalam kecoh tentang berita pemilikan syarikat pengeluar kereta dari China, Geely ingni memiliki kilang Proton di Tanjung Malim. Mari kita ikuti berita lebih lanjut melalui sisipan dari The Star ini. Petaling Jaya: Pengeluar kereta dari China, Geely Automobile Holding Bhd dikatakan sedang mendahului perlumbaan dalam pemilikan untuk menjadi rakan teknikal pengeluar kereta nasional, Proton. Tambahan daripada ini, Proton juga telah membuat rombakan kepada eksekutif atasan demi menyediakan mereka membawa masuk rakan teknikal baru yang bakal tiba. Antara rombakan yang telah dibuat ialah dengan membawa masuk Pengarah Urusan Teknikal, Abdul Rashid Musa mengetuai bahagian jualan Proton Edar Sdn Bhd bagi...

Read More

Review Honda Civic Sport Plus 2017, Hatchback Yang Awesome!

Honda hadir dengan generasi ke sepuluh model Civicnya dengan penampilan Honda Civic Sport Plus 2017 yang bakal tiba ke pasaran dunia pada tahun ini. Model sedannya telah mula dijual di Malaysia pada pertengahan tahun lepas, namun untuk model hatchback ini kami ragu ia bakal masuk ke pasaran Malaysia. Walau apa pun, mari kami kongsikan review tentang model ini yang telah dibuat oleh Car Throttle. Bentuknya tak banyak beza dengan Civic sedan dengan penuh seni reka garisan dan sudut-sudut menawan yang menjadi trending pada masa kini. Boleh dikatakan style sebegini betul-betul berjaya menarik mata peminat-peminat kereta. Tidak dilupakan dengan penambahan...

Read More

Proton Dinobatkan Sebagai Pusat Sistem Latihan Dual Nasional

Proton Holdings Bhd semakin hari semakin diiktiraf dari pelbagai sudut kesan daripada sumbangan pengeluar kenderaan nasional ini kepada negara. Terbaru, Proton menerima pengiktirafan daripada pihak kementerian atas kebolehan mereka dalam industri yang menitikberatkan kepada latihan dan kemahiran. Mari ikuti ulasan lanjut melalui sisipan Berita Harian di bawah. SHAH ALAM: Pengeluar kenderaan nasional, PROTON Holdings Bhd menerima pentauliahan sebagai pusat latihan sehenti bagi Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN). Pentauliahan itu diterima daripada Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Fuaad Kenali, berkata selaras sasaran kerajaan untuk mentransformasikan pendidikan serta latihan teknikal dan vokasional,...

Read More

Uber Meluaskan Kuasa Ke Kuantan, Pahang

Setelah 3 tahun syarikat perkhidmatan yang menghubungkan pemandu dan juga penumpang ini beroperasi, kini Uber mula menawarkan servisnya ke Kuantan, Pahang. Bersempena dengan Tahun Baru Cina yang bakal tiba ini, servis aplikasi Uber yang membolehkan seseorang pengguna membuat tempahan dan pergi ke suatu destinasi dengan kos yang lebih kompetitif berbanding beberapa perkhidmatan awam lain ini akan menjalankan operasinya di bandar ke-9 mereka iaitu Kuantan. Efektif pada 25 Januari 2016, masyarakat di Kuantan dapat merasa perkhidmatan mereka terutamanya pada musim-musim perayaan yang bakal mempengaruhi senario trafik jalan raya di Malaysia. Selepas ini mudahlah orang Kuantan kalau hendak ke Terminal Kuantan...

Read More

Like Facebook Venneauto

Follow Instagram Venneauto