Author: Vennea

JPJ Umum UBER, GrabCar Tidak Dilarang Perbaharui Cukai Jalan

Baru-baru ini telah menjadi tular di dalam aplikasi Whatsapp bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menghalang kenderaan yang berdaftar dan menggunakan UBER ataupun GrabCar memperbaharui cukai jalan. Kenyataan yang kononnya datang daripada perintah Ketua Pengarah JPJ betul-betul telah membuatkan ramai orang percaya lalu mengongsikan kepada lebih ramai orang lagi. Ikuti kenyataan rasmi daripada JPJ melalui sisipan akhbar Berita Harian seperti di bawah. Kenyataan akhbar Berita Harian PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini menafikan laporan bahawa pihaknya melarang kenderaan yang terbabit dengan kegiatan Uber dan GrabCar memperbaharui cukai jalan. JPJ, dalam satu kenyataan sebentar tadi, menjelaskan bahawa mesej memaparkan berita...

Read More

Sewa Kenderaan Kini Lebih Mudah Dengan The Vect

Anda punyai kenderaan tapi jarang dipakai? Kereta lama tersadai di kawasan parking atau halaman rumah sebab selalu naik pengangkutan awam? Apa kata anda sewakan kenderaan yang anda ada menggunakan perkhidmatan The Vect. Apa itu The Vect? Ia merupakan sebuah laman web yang menghubungkan pemilik kenderaan seperti anda kepada orang awam. Sekiranya anda sudi untuk meminjamkan kenderaan kepada mereka yang lebih memerlukan, anda layak untuk bersama dengan mereka. Misi The Vect Misi mereka mudah sahaja iaitu menghubungkan mereka yang punyai kenderaan tapi tidak digunakan kepada mereka yang betul-betul memilikinya. Contoh, Ali mempunyai seorang isteri dan 5 orang anak. Ali juga...

Read More

Motorsikal Honda Dengan Teknologi ‘Self Balancing’ Diperkenalkan

Kalau anda penunggang motorsikal yang noob tapi ingin tampak bergaya menunggang motorsikal berkuasa tinggi yang strukturnya agak tinggi dan gagah itu, mungkin motorsikal Honda dengan teknologi ini yang anda perlukan di masa hadapan. Honda sedang membina penyelesaian di atas khas untuk anda dengan memperkenalkan motorsikal yang mempunyai keupayaan untuk mengimbangi dengan sendiri. Teknologi ini telah diumumkan pada CES (Consumer Electronics Show) dengan menunjukkan aksi sebuah motorsikal yang bergerak tanpa ditunggang oleh siapa-siapa. Tidak seperti Segway dan motorsikal konsep daripada BMW, Motorrad Vision, teknologi Honda ‘Riding Assist’ ini tidak bergantung kepada gyroscope (sebuah alat yang terdiri daripada roda dan disk...

Read More

Tesla Model S Electric GT Kereta Lumba Pertama Dikuasakan Elektrik

Pengeluar model kereta elektrik terkenal dunia, Tesla telah melancarkan kereta terbaru milik mereka, Tesla Model S Electric GT, siri kereta lumba pertama di dunia yang menggunakan kuasa elektrik. Model ini telah diperkenalkan pada Autosport International Show baru-baru ini. Tesla baru sahaja melancarkan mode ‘Ludicrous Plus’ kepada pemilik Model S dan Model X P100D yang mampu meningkatkan prestasi enjin kereta kepada tambahan 33hp yang menjanjikan pecutan dari 0 ke 100 km/j dalam tempoh 2.4 saat sahaja. Namun, model terbaru ini menghasilkan daya pecutan yang lebih tinggi dengan kelajuan dari 0 ke 100 km/j hanya dalam tempoh 2 saat. Tesla membuat...

Read More

Kolaborasi Volvo Dan Skype Meningkatkan Produktiviti Dalam Pemanduan

Pengeluar kereta premium, Volvo dan Skype daripada Microsoft telah mengumumkan kolaborasi untuk memasukkan aplikasi Skype for Business ke dalam model terbaru Volvo 90 Series. Volvo merupakan pengeluar kereta pertama yang bakal membawa masuk teknologi untuk menambah baik produktiviti komunikasi itu. Sebelum ini, ramai telah mengalami pengalaman terpaksa membuat panggilan persidangan di dalam kereta akibat terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Masalah yang biasa dihadapi ialah seperti telefon terlepas daripada pegangan dan kata laluan untuk membuat panggilan adalah terlalu panjang. Perkara seperti ini boleh memberi gangguan fokus semasa dalam perbualan dan juga pemanduan dalam kereta. Dengan adanya teknologi Skype for Business...

Read More

Like Facebook Venneauto

Follow Instagram Venneauto