Bayangkan kita tergesa-gesa bersiap nak pergi kerja awal pagi. Sekali start enjin kereta, langsung tak hidup! Ini sah masalah bateri kereta. Kalau timbul masalah begini, individu pertama yang kita cari tentulah kawan-kawan ataupun jiran berdekatan dan bertanya tentang pendapat mereka akan masalah kereta kita.

Kalau kita ada simpan nombor contact bengkel kereta yang biasa kita pergi dekat area rumah, pasti kita hubungi mereka juga. Itu belum tentu lagi mereka boleh datang. Kalau datang pun, mesti kena cas punya.

Kini anda tidak perlu lagi risau kerana Bateriku.com telah muncul untuk menyelesaikan masalah bateri kereta anda. Syarikat yang beroperasi sejak tahun 2014 ini menggunapakai strategi distruptive model business seperti Uber, GrabCar dan beberapa nama lagi. Pelopor syarikat ini, Azarol Faizi telah lama memerhatikan scene servis penukaran bateri kereta di Malaysia.

Servis yang sebelum ini tiada di Malaysia

1. Memberi pendapat kedua atau second opinion kepada pemilik kereta tentang keperluan menukar bateri kereta

2. Tiada servis datang ke lokasi untuk memeriksa keadaan kereta terutamanya pada bateri dan alat elektrik dan elektronik yang berkaitan

3. Sekiranya bateri masih boleh digunakan, tiada cas yang dikenakan kepada pemilik kereta

4. Menyediakan pilihan bateri kering dan basah

5. Menyediakan pilihan bateri premium yang bertahan hampir 30 bulan

bateri kereta bateriku 3

Servis terbaik dari Bateriku.com

1. Servis datang ke lokasi untuk membuat pemeriksaan kereta

2. Tiada cas dikenakan sekiranya tiada tukaran bateri diperlukan oleh pemilik kereta

3. Tidak perlu beli bateri daripada mereka. Second opinion oleh mereka sudah memadai tanpa sebarang bayaran

4. Bayaran hanya dikenakan sekiranya berlaku transaksi pembelian bateri daripada mereka

5. Menggunakan runner di beberapa kawasan bagi memudahkan proses syarikat berkomunikasi dengan pelanggan

6. Sistem customer service yang mudah. Hanya dail 1-800-22-2324 atau pun Whatsapp ke 012-245 8027 untuk dapatkan layanan mesra

7. Bateriku.com kini sudahpun beroperasi di 7 negeri di iaitu di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perlis.

Apa yang anda perlu buat semasa menghubungi Bateriku.com

1. Beritahu lokasi anda berada

2. Beritahu jenis kenderaan yang anda guna pakai

3. Pihak Bateriku.com akan memperkenalkan harga bateri yang mereka jual

Testimoni pelanggan Bateriku.com

bateri kereta bateriku 1

bateri kereta bateriku 2

Secara keseluruhan, servis Bateriku.com amat ditunggu oleh kita sebagai pemilik kereta terutamanya ketika dalam keadaan bateri ‘kong’. Ianya sangat memudahkan dan yang penting kos tukaran bateri juga adalah berpatutan.

Layari Bateriku.com untuk maklumat lebih lanjut.