Semenjak tahun 1959 lagi Honda telah membuat branding kepada huruf CB dengan memperkenalkan model dua silinder CB92 Benly. Pada tahun 1969, Honda tampil dengan model yang lebih garang apabila membawa masuk jentera empat silinder CB750 yang menjadi rekaan superbike pertama di dunia. Untuk pengetahuan anda, blueprintnya masih digunapakai hinggalah ke hari ini.

Pada tahun 2013, Honda menghidupkan semula legasi jentera lama ini kepada nafas baru dengan memperkenalkan CB1100 yang menjadi kegilaan pencinta dua roda yang sukakan dengan sistem penyejukan udara empat silider tradisional model CB. Untuk tahun 2017, model ini diberi penambahbaikan dengan memperkenalkan Honda CB1100 EX, jentera bergaya retro namun dikemaskan dengan teknologi terkini.

Pembuatannya dilakukan di kilang Honda Kumamoto, Jepun. Mereka mengintegrasikan teknologi masa kini dan dalam masa yang sama mengekalkan seni tukangan rangka model yang menjadi kegilaan setiap zaman. Walaupun terdapat banyak superbike yang telah memiliki ciri-ciri yang lebih moden, namun model sebegini masih terdapat pengikutnya yang tersendiri yang menginginkannya.

 

Ciri-ciri Honda CB1100 EX 2017

  • Rupa paras seperti bayangan superbike tahun 1970an
  • Tangki minyak yang sebelum ini melengkung diperkemaskan dengan citarasa masa kini
  • Lampu hadapan bulat dan dual meter dikekalkan demi mewujudkan elemen retro
  • Untuk citarasa moden, lampu hadapan dan belakang dikuasai lampu LED
  • Rim 18 inci besi tahan karat
  • Rangka besi yang klasik memudahkan penunggangan dan lebih stabil
  • Dual Bending Valve dan dual penyerap hentakan buatan Showa memastikan serapan gegaran yang memuaskan
  • Brek ABS yang standard
  • Dual chrome muffler yang lebih kecil dan ringan meningkatkan prestasi dan tork
  • Slipper clutch memberi kestabilan ketika jentera menukar kepada gear rendah
  • Warna: Candy Red
  • Harga: Belum diperkenalkan
  • Mula dijual: May 2017

Buat masa ini, model ini hanya akan dikeluarkan untuk versi Amerika. Mari berharap agar ianya mudah didapati di Malaysia. 

Kesimpulannya, dengan rupa bentuk yang klasik, Honda CB1100 EX pasti menggamit memori pencinta tegar model CB dengan deruman enjinnya yang menawan serta prestasinya yang tidak kurang hebat.

 

Sumber: Honda News