Kalau anda seorang pemandu kereta lumba dan terlalu sibuk untuk melihat skrin meter yang banyak di hadapan anda, McLaren sedang mengusahakan cara untuk mengatasinya.

Pengeluar kereta mewah tersebut telah memastikan bahawa mereka akan membawa masuk teknologi meter dua display yang boleh lipat di bahagian dashboard kereta terhadapa model terbaru Super Series mereka.

Mclaren Dual Display

Standard meter display

Dalam mode normal, display itu menunjukkan meter yang tipikal seperti meter kelajuan, kelajuan enjin, suhu luar dan suhu enjin dan sebagainya. Namun, apabila display itu ditutup, skrin kecil akan menunjukkan info-info yang penting sahaja.

mclaren dual display

Meter boleh lipat

Display kecil ini hanya memberi info yang pemandu perlu sahaja terutama sekali untuk pelumba kereta. Tiada perincian yang spesifik tentang info yang bakal ditunjukkan pada skrin kecil tersebut, namun dikhabarkan hanya digit nombor kelajuan, nombor gear, keadaan gear dan rpm bakal ditayangkan. Antara info lain juga, kereta ini dikatakan mampu menjana sehingga 8000 rpm.

Kesemua ini bakal didedahkan pada acara Geneva Motor Show pada 7 Mac ini. Kereta yang bakal ditonjolkan pada acara ini dikhabarkan daripada projek P14 yang bakal dinamakan 720S dan rupa bentuk tertiris kereta tersebut adalah seperti dalam gambar di bawah.

mclaren dual display

Dengan adanya teknologi dual display ini memudahkan para pelumba untuk menukarnya kepada keadaan normal apabila melakukan pemanduan kasual dan menutupnya apabila berada di atas trek lumba.

Antara ciri lain yang bakal didedahkan dalam kereta ini adalah seperti skrin sesentuh di bahagian tengah kereta, sama seperti Super Series yang sebelumnya. Fungsi skrin inibadalah untuk audio dan media, navigasi dan juga tetapan untuk kereta.

Like Facebook Page Venneauto

Sumber: CarThrottle