Bagi peminat kereta Volkswagon Polo, ini tentunya berita baik untuk anda. Jentera hatchback 1.6 berkualiti tinggi kini berharga RM69,888 sahaja dengan bayaran pinjaman sebanyak RM737 sebulan.

Harga sebelum ini adalah sebanyak RM76,888 dan menunjukkan penurunan harga sebanyak RM7.000. Dikatakan harga promosi ini adalah untuk tempoh terhad sahaja.

Walaupun mengalami penurunan harga, spesifikasi yang sama masih diterapkan pada Polo 1.6 ini. Antara ciri yang terdapat di dalam Polo ini ialah ia dilengkapi dengan enjin berkapasiti 1.6 liter 105PS 16-injap suntikan pelbagai titik (MPI) dengan transmisi Tiptronic automatik 6-kelajuan. Tork maksimum ialah 153Nm pada 3800rpm dan penggunaan bahan api hanya 6.3L bagi setiap 100km.

Dengan ciri penting ini, Volkswagon Polo Hatchback 1.6 ini memang amat sesuai untuk pemanduan santai dan selesa terutamanya di dalam bandar.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari laman web Volkswagon. Alang-alang dah turun harga ni, cepat-cepatlah sambar ya.

Baca: 6 Item Wajib Ada Dalam Kereta Anda

Sumber: Revving-It-Daily

Ikuti Venneauto di Facebook dan Instagram