Proton Holdings Bhd menangi dua anugerah di Malaysia Car Of The Year 2016 (COTY) ke atas kedua-dua model terbaru mereka, Saga dan Persona.

Proton Saga memengani anugerah Value-for-Money-Car ataupun kereta berkualiti dengan harga berpatutan dan Proton Persona pula memenangi anugerah Most Improved Model In Fuel Efficiency ataupun model yang paling efisen penggunaan bahan api pada malam anugerah COTY Malaysia 2016 tersebut.

Menurut Ketua Pengarah Urusan (CEO) Proton Holdings Bhd, Datuk Ahmad Fuaad Kenali, Proton telah melakukan kajian terhadap pasaran automobil. Hasil dapatan daripada kajian itu, Proton telah melakukan penambah baikan terhadap model keretanya demi mencakupi keperluan pasaran secara umum.

Model Proton Saga yang telah ditambah baik ini boleh didapati bermula dari harga RM36,800 hingga RM45,800. Manakala, model terbaru Proton Persona pula dijual bermula dengan harga RM46,800 hingga RM59,800 bergantung kepada spesifikasi yang anda inginkan.

Menurut Ahmad Fuaad lagi, penganugerahan ini membangkitkan semangat Proton untuk menghasilkan model yang lebih berkualiti dan servis yang lebih sempurna kepada pelanggan secara berterusan saban tahun.

Sumber: The Star