Honda hadir dengan generasi ke sepuluh model Civicnya dengan penampilan Honda Civic Sport Plus 2017 yang bakal tiba ke pasaran dunia pada tahun ini. Model sedannya telah mula dijual di Malaysia pada pertengahan tahun lepas, namun untuk model hatchback ini kami ragu ia bakal masuk ke pasaran Malaysia. Walau apa pun, mari kami kongsikan review tentang model ini yang telah dibuat oleh Car Throttle.

Honda Civic Sport Plus 2017 Honda Civic Sport Plus 2017 2

Bentuknya tak banyak beza dengan Civic sedan dengan penuh seni reka garisan dan sudut-sudut menawan yang menjadi trending pada masa kini. Boleh dikatakan style sebegini betul-betul berjaya menarik mata peminat-peminat kereta. Tidak dilupakan dengan penambahan lampu sisi berdekatan dengan tayar kereta ini juga turut menjadikannya unik berbanding dengan model-model Civic terdahulu.

Pemanduan Honda Civic Sport Plus berasa ringan dan stabil apabila di selekoh kerana adanya sistem vektor tork yang memastikan bahagian hadapan kereta terkawal. Ianya juga dipasang dengan peredam boleh ubah dan walaupun dalam keadaan normal tanpa sebarang pengubahsuaian, badan kereta ini sukar untuk hilang kestabilan. Kawalan stereng agak mantap di mana stereng akan berasa sedikit ketat apabila membuat sebarang belokan, namun ia langsung tidak mengganggu pemaduan.

Honda Civic Sport Plus 2017 Honda Civic Sport Plus 2017 3

Enjin berkapasiti 1.5 liter ini menghasilkan 180 bhp dan 162 ft tork, menjadikannya mampu pergi dari kelajuan 0-100 km/j dalam tempoh 8.3 saat. Ia bukanlah suatu nombor yang boleh dianggap hebat namun apabila ia berada pada tempo 2000 rpm, pemanduannya menjadi amat lancar. Didapati bunyi eksoznya juga lebih padu berbanding dengan siri Type R yang bakal keluar nanti. Tukaran gearnya juga pendek dan sangat mudah dikendalikan.

Berdasarkan kepada ciri-cirinya, Honda Civic Sport Plus ini adalah sebuah kereta yang sangat praktikal. Bonet belakangnya luas dalam kelasnya, lebih luas daripada Volkswagen Golf. Dari segi penggunaan bahan api, untuk model 1.5 liter ini ia mampu bergerak sejauh 24km/l. Keputusan ini adalah daripada makmal Honda sendiri, sedah tentulah hasilnya akan berbeza apabila berada di jalanan.

Honda Civic Sport Plus 2017 Honda Civic Sport Plus 2017 1

Kesimpulannya, model Honda Civic Sport Plus hatchback ini menyenaraikan pakej yang berpadanan pada kelasnya. Ianya juga boleh dikatakan alternatif kepada model seperti Ford Focus ataupun Volkswagen Golf. Dan seperti biasa, jikalau model Sportnya sudah elok sebegini, sudah pasti model Type-R pasti lebih dahsyat.

Sumber: Car Throttle

Like Facebook Page Venneauto