Anda punyai kenderaan tapi jarang dipakai? Kereta lama tersadai di kawasan parking atau halaman rumah sebab selalu naik pengangkutan awam? Apa kata anda sewakan kenderaan yang anda ada menggunakan perkhidmatan The Vect.

Apa itu The Vect?

Ia merupakan sebuah laman web yang menghubungkan pemilik kenderaan seperti anda kepada orang awam. Sekiranya anda sudi untuk meminjamkan kenderaan kepada mereka yang lebih memerlukan, anda layak untuk bersama dengan mereka.

Misi The Vect

Misi mereka mudah sahaja iaitu menghubungkan mereka yang punyai kenderaan tapi tidak digunakan kepada mereka yang betul-betul memilikinya. Contoh, Ali mempunyai seorang isteri dan 5 orang anak. Ali juga punyai sebuah kereta Proton Saga namun dia hanya menggunakan pengangkutan awam seperti LRT untuk pergi ke tempat kerja. Tiada kepentingan untuknya menggunakan kereta pada hari-hari biasa. Anaknya ke sekolah pun menggunakan bas sekolah.

Tiba musim hari raya, mereka sekeluarga ingin pulang ke kampung halaman. Kereta Proton Saga yang Ali miliki sangat tidak selesa untuk digunakan demi perjalanan yang jauh. Lalu Ali pun mencarilah van untuk disewa.

Ali terjumpa laman web The Vect dan membuat tempahan van dari sana. Segalanya dihujung jari, van juga dihantarkan sampai ke halaman rumah. Kini perjalanan Ali lebih selesa ke kampong kerana menaiki kenderaan yang lebih luas.

the vect 1

Contoh lagi, Bakar merancang untuk berpindah ke rumah baru yang dia beli. Masalahnya ialah dia memerlukan lori untuk mengangkut semua barang-barang dari rumah lama ke rumah baru. Perabotnya semua besar-besar. Nak gunakan khidmat penyedia servis pindah rumah macam tak berbaloi.

Jadi, Bakar melayari laman web The Vect untuk membuat sewaan lori. Dengan cas RM10 untuk jarak 10km ke lokasi Bakar, lori itu tiba di rumahnya. Bakar kini tidak perlu pening kepala untuk mencari penyedia servis pindah rumah. Bakar boleh lakukannya sendiri!

Untuk makluman anda, perkhidamatan sewaan mereka bukan sahaja terhad kepada kereta, van ataupun lori sahaja. Mereka juga menawarkan sewaan bas, limosin, kereta sport, SUV, hinggalah ke helicopter, jet peribadi mahupun kapal pengangkut. Power betul!

Jadi Partner The Vect

Anda juga berpeluang untuk menjadi partner mereka dengan mendaftarkan kenderaan anda dengan mereka. Alang-alang dah beli kereta kena bayar ansuran bulan-bulan, lebib baik sewakan sahaja kepada The Vect. Kereta tak tersadai, income pun dapat!

Layari Facebook mereka di sini.

Sumber: The Vect