Triumph telah melancarkan video teaser model terbaru mereka, Street Triple. Video bertajuk “The Street Will Never Be The Same Again,” atau dalam Bahasa Malaysia bermaksud “Jalanraya Tidak Akan Sama Lagi” ini tampak mengancam sekali. Video ini juga menyatakan bahawa motor ini merupakan generasi terbaru yang mengubah segalanya, menjadi tanda aras terbaru dari segi kuasa, berat, pengendalian serta rupanya yang sangat awesome!

 

Triumph dikhabarkan sedang mengusahakan Street Triple untuk beberapa ketika. Untuk pengetahuan anda, model 675cc akan ditamatkan pengeluarannya kerana tidak memenuhi kriteria terbaru Euro 4 yang bakal dilaksanakan Januari 2017.

Nota: Euro 4 merupakan piawaian standard pengeluaran asap atau emisi Eropah. Jadual berkala berpaksikan pengeluaran Nitrogen Oksida (NOx) dan jirim zarah atau particulate matter (PM).

Model terbaru Street Triple ini dikatakan mempunyai kuasa mencecah 800cc, dan menjadikannya pencabar terdekat kepada Yamaha FZ-09 dan MV Agusta Brutale 800. Dinyatakan juga bahawa model terbaru ini akan dilengkapi dengan spesifikasi versi R yang lebih hebat. Tidak kurang juga berita menyatakan yang model premium RS dan model touring RT turut bakal diperkenalkan oleh Triumph.
Daripada video di atas dapat kita saksikan beberapa ciri terbaru model Street Triple. Lampu hadapannya membulat di bahagian luar, tampak seperti model sebelum ini Speed Triple. Sebuah flyscreen dipasang di atas lampu hadapan meliputi kawasan meter motor yang dikuasakan dengan TFT color display yang amat cool! Melihat susunan nombor rpm itu disusun, lampu tachometer akan bergerak ke arah sisi apabila kelajuan enjin dinaikkan.

Nantikan kemunculannya pada 10 Januari 2017

Sumber: Motorcycle.com