Setelah 3 tahun syarikat perkhidmatan yang menghubungkan pemandu dan juga penumpang ini beroperasi, kini Uber mula menawarkan servisnya ke Kuantan, Pahang.

Bersempena dengan Tahun Baru Cina yang bakal tiba ini, servis aplikasi Uber yang membolehkan seseorang pengguna membuat tempahan dan pergi ke suatu destinasi dengan kos yang lebih kompetitif berbanding beberapa perkhidmatan awam lain ini akan menjalankan operasinya di bandar ke-9 mereka iaitu Kuantan. Efektif pada 25 Januari 2016, masyarakat di Kuantan dapat merasa perkhidmatan mereka terutamanya pada musim-musim perayaan yang bakal mempengaruhi senario trafik jalan raya di Malaysia.

Selepas ini mudahlah orang Kuantan kalau hendak ke Terminal Kuantan Sentral atau pun boleh pergi bershopping ulang-ulang di East Coast Mall kerana adanya Uber!

Seperti biasa, disebabkan perkhidmatan di bandar Kuantan ini masih baru, servis pada peringkat awal ini mungkin agak terhad dan anda sebagai penumpang bakal merasai pengalaman waktu menunggu yang lebih lama akibat kekurangan Uber Partner di sekitar Kuantan.

Pada peringkat awal ini, Uber hanya memperkenalkan UberX untuk perjalanan di dalam Kuantan. Sila lihat jadual harga di bawah bagi perkhidmantan UberX.

uber kuantan 1

Untuk promosi pertama di bandar Kuantan, Uber menyediakan kod promosi RIDEUBERKUANTAN dan anda bakal menikmati diskaun sebanyak RM5 untuk 4 kali penggunaan servis mereka! Kira berbaloi sangatlah kan? Cuma perlu diingatkan yang kod promosi ini hanya sah sehingga 28 Februari 2017 dan untuk pengguna baru sahaja ya.

Tawaran Istimewa

Uber kuantan pahang 2

Daripada hari Rabu, 25 Januari 2016 hinggalah hari Ahad, 29 Januari 2016, anda berpeluang menikmati Mango Cheesecake percuma sekiranya anda menggunakan perkhidamatan Uber untuk ke kedai Kula Cakes! Tak cukup dengan satu dessert yang menyelerakan ini? Anda hanya perlu ambil gambar selfie bersama dengan Mango Cheesecake ini dan muat naik ke laman media sosial anda serta tambahkan hashtags #UberKUA dan #KulaCakes. Gambar yang kreatif bakal memenangi hadiah RM100 kredit Uber. Berbaloi-baloi!

Apa tunggu lagi warga Kuantan? Cepat muat turun aplikasi Uber dan bersiarlah di sekitar bandar Kuantan.

Sumber: Uber